Tuesday, August 10, 2010

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan sebuah hadist Rasulullah saw sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang kelebihan sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam ke-1:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Malam ke-2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sholat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Malam ke-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan sholat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke-4:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

Malam ke-5:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke-6:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan sholat tarawih pada malam ini.

Malam ke-7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke-9:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10:
Allah SWT mengkaruniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam ke-11:
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12:
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam ke-13:
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14:
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersholat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke-15:
Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bershalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.

Malam ke-16:
Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17:
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah ridha kepada engkau dan ibu bapak engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah wafat)".

Malam ke-19:
Allah akan meninggikan derajatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20:
Allah SWT mengkaruniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang sholeh.

Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.

Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25:
Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.

Malam ke-26:
Allah akan mengkaruniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27:
Allah akan mengkaruniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.

Malam ke-29:
Allah akan mengkaruniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."


-iERa'Z-


Selamat Menjalani Ibadah Puasa

kepada semua sahabat, teman2, kwn2 & seluruh umat islam muslim dan muslimat..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..semoga amalan kita akan diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Aminnn....


-iERa'Z-



Monday, August 2, 2010

Ulser Mulut

Aduh..sakit nyer!!!da beberape ari aku kena ulser mulut ni..abes selera aku hilang..berat badan aku pun turun..walaupun ati aku gembira krn berat badan aku da turun..tp seksaan utk menahan sakit ni,hanya Allah swt sahaja yang tahu..kt sini aku ade sertakn skali serba sikit tentang penyakit yg aku lalui ni..aku hrp maklumat ni dpt memberikn sikit sebyk pengetahuan kpd anda semua......

Definisi
Ulser
berasal dari perkataan Latin,Ulcus yang bermaksud bukaan. Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.

Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai:
  • tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
  • ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
  • sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
  • perubahan hormon.
  • jangkitan
  • rawatan radiasi
  • rawatan kemoterapi

Masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
  • jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya:
  • ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
  • ulser berdarah.
  • tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.


Petua
  • Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit, bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.
  • Sapukan getah daun tangan2 di tempat ulser.

gambar ini diambil dari pakcik Google


-iERa'Z-