Monday, August 2, 2010

Ulser Mulut

Aduh..sakit nyer!!!da beberape ari aku kena ulser mulut ni..abes selera aku hilang..berat badan aku pun turun..walaupun ati aku gembira krn berat badan aku da turun..tp seksaan utk menahan sakit ni,hanya Allah swt sahaja yang tahu..kt sini aku ade sertakn skali serba sikit tentang penyakit yg aku lalui ni..aku hrp maklumat ni dpt memberikn sikit sebyk pengetahuan kpd anda semua......

Definisi
Ulser
berasal dari perkataan Latin,Ulcus yang bermaksud bukaan. Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.

Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai:
  • tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
  • ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
  • sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
  • perubahan hormon.
  • jangkitan
  • rawatan radiasi
  • rawatan kemoterapi

Masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
  • jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya:
  • ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
  • ulser berdarah.
  • tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.


Petua
  • Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit, bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.
  • Sapukan getah daun tangan2 di tempat ulser.

gambar ini diambil dari pakcik Google


-iERa'Z-

No comments:

Post a Comment