Tuesday, November 2, 2010

Aizat - Sungai Lui



Aizat-Sungai Lui

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

-iERa'Z-

Tuesday, August 10, 2010

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan sebuah hadist Rasulullah saw sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang kelebihan sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam ke-1:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Malam ke-2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sholat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Malam ke-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan sholat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke-4:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

Malam ke-5:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke-6:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan sholat tarawih pada malam ini.

Malam ke-7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke-9:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10:
Allah SWT mengkaruniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam ke-11:
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12:
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam ke-13:
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14:
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersholat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke-15:
Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bershalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.

Malam ke-16:
Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17:
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah ridha kepada engkau dan ibu bapak engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah wafat)".

Malam ke-19:
Allah akan meninggikan derajatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20:
Allah SWT mengkaruniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang sholeh.

Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.

Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25:
Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.

Malam ke-26:
Allah akan mengkaruniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27:
Allah akan mengkaruniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.

Malam ke-29:
Allah akan mengkaruniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."


-iERa'Z-


Selamat Menjalani Ibadah Puasa

kepada semua sahabat, teman2, kwn2 & seluruh umat islam muslim dan muslimat..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..semoga amalan kita akan diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Aminnn....


-iERa'Z-



Monday, August 2, 2010

Ulser Mulut

Aduh..sakit nyer!!!da beberape ari aku kena ulser mulut ni..abes selera aku hilang..berat badan aku pun turun..walaupun ati aku gembira krn berat badan aku da turun..tp seksaan utk menahan sakit ni,hanya Allah swt sahaja yang tahu..kt sini aku ade sertakn skali serba sikit tentang penyakit yg aku lalui ni..aku hrp maklumat ni dpt memberikn sikit sebyk pengetahuan kpd anda semua......

Definisi
Ulser
berasal dari perkataan Latin,Ulcus yang bermaksud bukaan. Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.

Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai:
  • tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
  • ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
  • sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
  • perubahan hormon.
  • jangkitan
  • rawatan radiasi
  • rawatan kemoterapi

Masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
  • jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya:
  • ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
  • ulser berdarah.
  • tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.


Petua
  • Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit, bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.
  • Sapukan getah daun tangan2 di tempat ulser.

gambar ini diambil dari pakcik Google


-iERa'Z-

Monday, July 26, 2010

McDonald's

bile la aku dpt makan GCB ni???
da lame aku merancang nak pegi McD..
tp sibuk siapkn report jer........
En.Tunang pula sibuk mencari duit..
so,aku kena la pegi dgn kwn2..
ade kwn2 yg sudi teman tak??? ;)


GCB idaman ku.........


-iERa'Z-


Monday, June 28, 2010

Selamat Hari Lahir Bonda

27 Jun 2010..
semlm genap usia bonda 52tahun..
Selamat Hari Lahir Bonda..
anakmu mendoakan semoga bonda dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, & cepat2 dapat cucu..


Bonda & iERa
.
.
.
.
.
.
bukan kek sebenar


mlm td aku & adik2 sempat menyambut hari lahir bonda walaupun ayahanda tiada disini disaat hari lahir bonda disambut.. sedih jugak rase hati kami bila orang penting dlm keluarga kami tiada.. tapi apa boleh buat.. aku teruskan juga hasrat adik2 untuk menyambut hari lahiran bonda kesayangan kami.. terima kasih kpd adik2 aku yang byk membantu semasa majlis berlangsung.. ;)


-iERa'Z-

Friday, June 25, 2010

Tengok wayang

yeay..yeay..esok tgk wayang..
gembira rase hati ni bile adik aku imah & suami nyer ajak pegi tgk wayang..cite yang kami nak tgk ni cite cina..tajuk cite ni "The Legend Is Born : Ip Man"..sebelum ni aku ade jugak tgk cite "Ip Man" part2 (terus tgk part 2,part 1 xsempat nak tgk)..mmg best giler la..kungfu mmg dasyat la..tak rugi tgk cite ni kt TGV.. ;P


Ip Man 2

Cite ni menceritakan kisah kehidupan seorg lelaki yg bernama Ip Man (lakonan Dennis To)..Ip Man ni tok guru kpd Bruce Lee..

Bruce Lee

klu nak tau cite lebih lanjut, tgk la sendiri cite ni ek..xsyok la klu aku cite kt sini..yg pasti cite ni sgt la best... =)


-iERa'Z-

Wednesday, June 23, 2010

Panduan Mengira Kalori Makanan

Pengguna mesti kawal pemakanan tidak melebihi 1000 kalori sehari. Anda boleh makan apa saja tapi pastikan jumlah kalori dalam satu hari mesti kurang dari 1000 kalori. Ramai yang bertanyakan apa yang boleh dimakan dalam 1000 kalori. Anda boleh guna panduan mengira kalori makanan dibawah sebagai rujukan anda.


Elakkan makanan ini : nasi, mee, kek, kfc, pizza
*** ni semua aku suke makan!!!! oh tidak!!!!

Untuk mendapat pengurangan berat badan yang lebih cepat, anda cuba elakkan 5 jenis makanan yang dinyatakan iaitu Nasi, Mee, KFC, Pizza dan Kek. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air masak lebih dari biasa.

Kalau anda betul-betul ikut program diet ini, pasti ada pengurangan berat badan.

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih

  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori Minuman

  1. minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
  2. minuman kotak 250g = 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
  5. aiskrim 2 skop= 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh = 75 kal
  9. keju chedar 1 keping =58 kal
  10. Teh tarik = 120 kal
  11. Kopi susu = 120 kal
  12. Teh O = 20 kal
**boleh ke aku buat program diet ni???nak tak nak,aku kena buat jugak..insya'allah......
aku boleh..aku nak kurus!!!!!! ;)

-iERa'Z-

Sunday, June 20, 2010

Hari Untuk Bapa


Salam...

ucapan "Selamat Hari Bapa" ini saya tujukan khas buat Tn. Haji Ahmad B. Abu Bakar.. Terima kasih untuk pengorbanan ayahanda selama ini..anakmu ini tidak akan melupakannya.. insya'allah..suatu ari nanti,anakmu ini akan membalas segala jasa yang tidak terhingga itu.. Ayahanda adalah idola untuk kami..kami bersyukur kerana Allah swt telah mengurniakan ayah yang paling baik didunia ini kepada kami..



Semoga ayahanda dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..jaga kesihatan elok-elok tau..yang penting ayah kekalkan kehanseman ayahanda tu ek..LOVE U AYAH!!!!! muuaahhhh.....


-iERa'Z-

Wednesday, June 16, 2010

Berkelah kat PD

Sabtu aritu aku bersame2 adik & sepupu2 aku pegi berkelah kt PD..mmg ramai giler org kt PD tu..mungkin musim cuti sekolah ni mmg ramai orang kot..walaupun org ramai, mmg tak rugi la pegi PD..mase kt PD aku berkesempatan main BANANA..mmg SYOK GILER!!!!first time pulak tu aku main permainan ni..mule2 naik aku mmg takut..aku ambik posisi paling tengah skali..aku tau aku ni mmg penakut..tapi yg aku tak tahan..brother boat ni pegi campak nyer kite org kt tempat air yg dlm..cuak giler la aku mase tu..nasib baik la adik aku ade..sepupu aku ade..aku berpaut la kt dorg..mmg ngeri betul mase ni..tak dpt aku nk citekn mcmane perasaan aku mase tu..terima kasih la byk2 kt dorg yg mententeramkn aku mase tu..klu tidak mmg la aku nangis kuat2 kt situ..malu nyer pengakuan aku ni..hehehehe..pape pun jom kite layan gmbr aku mase kt PD aritu ek.... =P


ni mase mule2 sampai kt PD
.
.
.
.
.

ni la permainan BANANA yg aku maksudkn..mase ni kami otw nak ke tgh laut
.
.
.
.
.

kami dijatuhkn di tempat air yg dalam
.
.
.
.
.

masing2 bersusah payah naik BANANA
.
.
.
.
.

akhir nyer kami berjaya naik

* moral dari cite ni..jgn buat2 berani..akhir nyer makan diri sendiri..baru padan muke..hahahaha.... =P


-iERa'Z-


Thursday, June 10, 2010

Rusmawaty and Badrul Shah Wedding

Sabtu 5th June 2010..tarikh ni amat bermakna buat Rusmawaty dan Badrul Shah..tarikh yg menyatukan mereka berdua..tahniah diucapkan buat Rusmawaty dan Badrul Sha yg telah melangsungkan perkahwinan mereka pada ari sabtu dan ahad lps..

Rusmawaty dan Badrul Shah

wati ni kwn aku mase sek menengah kt Nilai dulu..aku satu kelas dgn wati dr form 1..2..3..form 4 wati kelas bestari..aku 4 jauhari..2bln pastu aku msk sek teknik PD..so, lame jgk la aku satu kelas dgn wati ni..same2 jd pengawas kadet..ish..byk betul la kenangan kt SMDMS tu..dulu badan wati ni berisi..pastu sebelum wati kawen, aku t'kejut tgk perubahan wati..wati da kurus!!!!..xleh jd ni..aku pun nk tanam azam jgk..seblm kawen aku pun nk kurus jgk..aku nk nmpk cantek dimata semua org mase ari persandingan aku nnt..mase aku g umah wati..ramai jgk la kwn2 dr sek Nilai dulu yg dtg..aku jmpe ruslina,bb,intan,shikin,alin dan baizura..rindu bangat sama kamu semua...

Shikin..Bibi..Hazlin..Baizura..Ruslina..iera..Ku Intan..

Pada ke eskkn ari nyer..aku pegi umah sebelah lelaki pulak..kebetulan, nenek aku dijmpt utk ke rumah sebelah lelaki..nenek aku ckp kite org ade bau2 bacang..kire nyer saudara jauh la..nenek aku ajak la aku skali pegi kenduri kawen sebelah lelaki tu..ape lagi..aku menyibuk la nk pegi..ye la kn..kwn aku kawen..mesti la excited aku nk pegi..walaupun aku sudah pegi semlm nyer tu..klu bab2 org kawen ni, mmg aku suke pegi..dpt rase mkn nasi minyak free..hehehehe..lagi 1..yg best kenduri kt sebelah lelaki ni..dorg ade wat caklengpong..pastu adat yg lame kite tinggalkan..iaitu silat..mmg best la tgk dorg b'silat ni..sempat aku berangan..klu aku kawen nnt,aku nak wat acara silat ni..hahahaha...

Kenduri sebelah lelaki

persembahan silat bermula
. . . . . . . . . . . . .

membuka langkah pertama

. . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . . . . . .

. . . . . . . . . .
. . . . . . . .
. . . . . . .

* byk lagi gambar silat yg xdpt aku masukkn krn masalah line broadband yg kurang sihat...


ok la..da panjang sgt aku b'celoteh..klu ade kwn2 aku kawen,aku akan b'celoteh lagi ek..pape pun aku nak ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" buat Rusmawaty dan pasangan nyer Badrul Shah..aku doakn semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin... =)


-iERa'Z-

Thursday, June 3, 2010

Boring!!!!

..Boring..Boring..Boring..
..Boring..Boring..Boring..
..Boring..Boring..Boring..
tu jer yg mampu aku katakn..
aku boring skrg ni!!!
walaupun keje aku byk yg pending..
aku xde mood nak keje..
aku ngantuk...
esk penyelia aku cuti...
lagi la aku boring!!!!

* tolong!!! tolong!!! aku perlukan sedikit hiburan......


-iERa'Z-

Tuesday, June 1, 2010

1 Jun 2010


pejam celik..pejam celik..da 1 Jun..tanpa aku sedari, da sebulan aku praktikal kt MPN ni..hanya tinggal lagi 6minggu aku nak abiskan sisa2 praktikal..tapi system aku masih tak siap2 lagi..bukan tak siap semua..hampir 65% siap..ermmm..cuma coding2 PHP tu jer yg aku pening nk buat sekarang ni..benda baru..byk yg perlu aku belajar lagi..nasib baik la kakitangan kt bahagian IT ni baik hati..dorg byk beri tunjuk ajar kt aku walaupun mereka semua sibuk dgn tugas dorg..klu tidak, terkapai2 la aku sorang2 kt sini..tak rugi rase nyer aku praktikal kt sini..byk pengalaman yg aku dpt..mungkin lepas praktikal ni,aku akan merindui saat2 mcm ni...

kt sini la aku praktikal..Majlis Perbandaran Nilai..


* klu kwn2 pegi ke Nilai..jgn lupe jenguk aku kt sini ek... ;P


-iERa'Z-

Sunday, May 30, 2010

Orang Kawen

Tengahari tadi aku berkesempatan pergi ke majlis kawen anak kwn ibu..cantek jugak pengantin tadi..bagai pinang dibelah dua..aku sempat mengambil gambar pengantin..guna hp murah aku jer..kamera aku lupe nak bwk..jom kite tengok gambar pengantin yang aku ambik tadi...

pengantin mengaminkan doa


pengantin perempuan


pengantin lelaki

* tak lame lagi giliran aku pulak..tak sabar nyer menantikan hari bahagia itu.... =P


-iERa'Z-

Saturday, May 29, 2010

Update!!!


sorry kwn2..
da lame x update blog ni..
mmg mase praktikal ni bz sgt..
ni baru ade mase nk update..
klu x, b'sawang la blog ni...
lps ni kena luangkn byk mase dan merajinkn diri ini utk m'blogger...

Peace!!!

-iERa'Z-


Friday, April 2, 2010

Kotak - Masih Cinta


Tik,.,tik,.,.tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

*Chorus
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik,.,tik,.,.tik,.,.
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta


-iERa'Z-

Coretan yang pertama


Assalammualaikum... Hai kawan2...

akhir nyer aku dpt membuat blog aku sendiri..ni adalah coretan yang pertama dlm hidup aku..setelah sekian lame aku menantikan sebuah blog aku sendiri..terima kasih kpd Dayah dan Nana yg telah byk membantu dlm membangunkn blog aku ni..byk yg perlu aku belajar..kepada kwn2 diluar sana, pertolongan anda amatlah diperlukan..
.

-iERa'Z-