Wednesday, June 23, 2010

Panduan Mengira Kalori Makanan

Pengguna mesti kawal pemakanan tidak melebihi 1000 kalori sehari. Anda boleh makan apa saja tapi pastikan jumlah kalori dalam satu hari mesti kurang dari 1000 kalori. Ramai yang bertanyakan apa yang boleh dimakan dalam 1000 kalori. Anda boleh guna panduan mengira kalori makanan dibawah sebagai rujukan anda.


Elakkan makanan ini : nasi, mee, kek, kfc, pizza
*** ni semua aku suke makan!!!! oh tidak!!!!

Untuk mendapat pengurangan berat badan yang lebih cepat, anda cuba elakkan 5 jenis makanan yang dinyatakan iaitu Nasi, Mee, KFC, Pizza dan Kek. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air masak lebih dari biasa.

Kalau anda betul-betul ikut program diet ini, pasti ada pengurangan berat badan.

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih

  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori Minuman

  1. minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
  2. minuman kotak 250g = 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
  5. aiskrim 2 skop= 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh = 75 kal
  9. keju chedar 1 keping =58 kal
  10. Teh tarik = 120 kal
  11. Kopi susu = 120 kal
  12. Teh O = 20 kal
**boleh ke aku buat program diet ni???nak tak nak,aku kena buat jugak..insya'allah......
aku boleh..aku nak kurus!!!!!! ;)

-iERa'Z-

6 comments:

  1. Hehe disebabkan kita duduk kat Malaysia ni n makanan ruji kita adalah nasi, nak tak nak kena makan nasi juga.
    Nasi boleh je ambil, tapi dalam kuantiti yang sedikit.
    Then elakkan makanan yang bergoreng.
    Kalau nak goreng makanan, pakai minyak zaitun atau minyak jagung.
    *LOL macam pakar pemakanan pulak.*

    Hehe kalau kak ira rajin kak ira belilah majalah Rapi, keluaran Karangkraf.
    Nana selalu je baca magazine tu kalau pasal nak diet mendiet ni.

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaa...byk nyer nasihat dr pakar pemakanan akak ni..yeke nana..akak skrg ni diet nasi..akak gantikn nasi akak tu samade dgn oat ataupun mee/bihun..tp mee/bihun xboleh mkn pulak..nmpk nyer kena la akak mkn oat..dulu akak rajin jgk la beli majalah rapi tu..tp skrg ni da xbeli da..skrg ni akak rajin beli majalah pesona pengantin pulak..hahahahaha...... =P

    ReplyDelete
  3. waduh...x bley nk elak la..nk mkn jgk..haha

    ReplyDelete
  4. LOL mentang mentang la nak kahwin
    hhhaha.

    lagi satu kak ira kena rajin bersenam.
    hehe.

    ReplyDelete
  5. Hani : tu la..mmg tak boleh nak elak makanan seperti diatas la..semua tu sedap apabila dimakan... ;P

    Nana : hahahahaha..tau xpe..akak nak kawen ni la akak bersemangat nak kurus..klu tak kawen..keje akak makan & tido jer..insya'allah..bukak sem baru ni akak nak rajin pegi jogging la.... ;)

    ReplyDelete
  6. bgus2 kak ira..semangat2... :D

    ReplyDelete